
Mohon akses, pembetulan, tarik balik persetujuan, atau padam data peribadi anda. Pihak HQ akan hubungi anda dlm masa 14 hari bekerja.
Kemas kini terakhir: 22 September 2026
1. Penerimaan Terma
Dengan mendaftar & menggunakan Portal Pesakit Gedung Penawar ("Portal"), anda bersetuju terikat dgn Terma & Syarat ini.
2. Skop Perkhidmatan
Portal ini disediakan khusus utk pesakit aktif rawatan dialisis Gedung Penawar Group (GPSB) dan pesakit drpd pusat dialisis lain yg memohon Rawatan Tumpang sementara di cawangan GPSB.
3. Tanggungjawab Akaun
Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan No. Kad Pengenalan (IC) & PIN/kata laluan akaun anda. Jangan kongsi PIN dgn sesiapa. Segera hubungi kaunter pusat dialisis anda jika akaun disyaki disalahgunakan.
4. Ketepatan Maklumat
Maklumat klinikal & kewangan dipaparkan sebagai rujukan berdasarkan rekod sistem terkini. Ia bukan pengganti nasihat atau rekod rasmi yg disahkan staf klinikal/kaunter. Sila hubungi staf berkaitan utk pengesahan rasmi sebarang angka atau keputusan rawatan.
5. Ciri Kongsi QR
Ciri "Kongsi" menjana pautan sementara (72 jam) yg membolehkan pihak ketiga (cth hospital luar) melihat rekod asas anda. Anda bertanggungjawab memastikan pautan ini hanya dikongsi dgn pihak yg dipercayai.
6. Ketersediaan Perkhidmatan
Portal boleh terganggu dari semasa ke semasa utk penyelenggaraan atau sebab teknikal. GPSB tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat gangguan perkhidmatan ini.
7. Pindaan Terma
GPSB berhak mengemas kini Terma & Syarat ini dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan Portal selepas pindaan bermakna anda bersetuju dgn terma yg dikemas kini.
8. Notis Privasi
Pengendalian data peribadi anda diterangkan lanjut dlm Notis Privasi berasingan, boleh diakses melalui skrin "Tentang".
Kemas kini terakhir: 22 September 2026
1. Data Yang Dikumpul
No. Kad Pengenalan, nama, no. telefon, emel, pusat dialisis, serta data klinikal (rekod dialisis, ubat, keputusan ujian tertentu) & kewangan (bil, tuntutan panel) yg dicerminkan drpd sistem rekod klinikal Gedung Penawar.
2. Tujuan Pemprosesan
Utk memudahkan akses anda kpd rekod rawatan & bil sendiri, pengurusan permohonan Rawatan Tumpang, komunikasi berkaitan rawatan, & pematuhan keperluan penjagaan rekod kesihatan di bawah undang-undang Malaysia.
3. Reka Bentuk Privasi Portal
Sesi log masuk (IC+PIN) anda HANYA disimpan dlm memori pelayar semasa Portal dibuka — TIDAK disimpan sbg fail dlm peranti anda (tiada log masuk automatik). Setiap kali Portal dibuka semula, log masuk diperlukan.
4. Perkongsian Data
Data anda hanya boleh diakses oleh staf klinikal pusat dialisis anda & staf Ibu Pejabat (HQ) GPSB yg berkaitan tugas. Perkongsian kpd pihak luar (cth hospital lain) HANYA berlaku apabila anda sendiri menjana pautan "Kongsi QR", & pautan tersebut luput selepas 72 jam.
5. Tempoh Simpanan
Rekod klinikal & kewangan disimpan sekurang-kurangnya 5 tahun, mengikut keperluan penjagaan rekod kesihatan yg berkuat kuasa, walaupun selepas permohonan padam data diterima.
6. Hak Anda
Anda berhak memohon akses, pembetulan, menarik balik persetujuan pemasaran, atau memohon padam data peribadi melalui borang "Hak PDPA" dlm Portal. Setiap permohonan disemak & dimaklumkan semula dlm masa 14 hari bekerja.
7. Kenalan Pegawai PDPA
Aiman Mukhtar
Emel: aiman@hq.gedungpenawar.com
Telefon: 012-297 7971
8. Kemaskini Notis
Notis Privasi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Sila semak semula skrin ini secara berkala.
Sila baca dgn teliti sebelum menghantar permohonan.
Panduan diet, senaman & kesihatan mental untuk pesakit dialisis
Cari cawangan Gedung Penawar berdekatan anda — klik "Cari di Maps" utk buka lokasi.
Di iPhone/iPad, pasang melalui Safari (bukan app lain) dgn langkah ni:
Kemaskini no. telefon & pusat dialisis asal anda. Nama, No. K/P & emel tidak boleh disunting sendiri di sini.
Masukkan kata laluan semasa & kata laluan baharu anda.
Masukkan PIN semasa & PIN baharu anda (4-6 digit).
Bagaimana pengalaman rawatan Tumpang anda?
Rekod tekanan darah anda sendiri antara sesi HD.
Catat simptom yg anda alami antara sesi HD.
⚠️ Anggaran sahaja utk rujukan peribadi — BUKAN data klinikal disahkan. Sasaran harian berbeza tiap pesakit; rujuk pasukan klinikal/dietitian anda utk sasaran sebenar.
QR & pautan sementara (3 hari) utk hospital luar baca Ujian Darah & Rekod Klinikal Bulanan anda sahaja.
Benarkan anak/pasangan pantau status Kt/V, janji temu & kehadiran anda — TANPA kongsi rekod klinikal penuh. Pautan berterusan sehingga anda batalkan.
Terangkan aduan/isu anda — pihak HQ akan semak & hubungi anda jika perlu.